fbpx

Wah…pejam celik pejam celik sekejap jer masa berlalu. Tak lama jer nanti kita akan sambut Raya setelah sebulan berpuasa! So excited…

Anda nak tahu apa yang lagi excited? Bila anda boleh dapat baju raya percuma dari jenama dan pereka tempatan yang gila awesome ni weh.

Inilah kolaborasi padu dari myNEWS bersama jenama dan pereka tempatan seperti Ummiriaz, Huda Hassan Design, JK Fashion, Yans Creations, Batek by Rasta Rashid dan Pokoks. Wow! Semuanya gempak-gempak gais.

Malah ada di antara pereka fesyen ini berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri ya gais. Dato’ Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan Ziana Zain pun pernah pakai baju dari mereka ini. So ada dah boleh bayangkan macam mana baju raya anda tu nanti. Sumpah havoc uols! Legend.

Nak Bagi 10 Set Baju Raya Keluarga!

Dan jangan tak tahu, myNEWS nak bagi 10 set baju Raya keluarga yang dijahit sendiri oleh pereka fesyen tempatan ini untuk anda dan juga keluarga anda tau! Bukan untuk anda sorang jer. Pergh, betul teruja nih. Sedondon nanti di Hari Raya.

Apa yang anda perlu buat hanya membelanjakan RM20 dan ke atas di dalam satu resit myNEWS untuk dapatkan 1 stamp. Anda perlu kumpul 3 stamps, kemudian barulah anda layak untuk masuk dalam lucky draw untuk memenangi 10 Set Baju Raya Keluarga ini! Kalau menang ni memang tak payah nak keluarkan duit beli baju raya tahun ni.

Jadi apa yang anda tunggu-tunggu lagi? Jom lah ke myNEWS!

Promosi ini bermula dari 1 sehingga 28 April 2021 sahaja! Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini ya gais.

Maru Kafe Kolaborasi Dengan Nestle

Di samping itu juga, macam yang anda tahu, myNEWS mempunyai kafe yang diberikan nama Maru. Dan specialnya untuk Ramadan ini, Maru kafe berkolaborasi bersama Nestle!

Menu-menunya memang betul asyik gais. Anda boleh merasa menu MaruBeraya ini seperti produk Nestle kegemaran anda sepanjang zaman iaitu Kit Kat, Milo, Nescafe dan Nestum dalam hidangan Maru termasuk Chigiri dengan Milo, Chigiri dengan Nescafe, Kit Kat Croissant, Nestum Onigiri, Nestum Chicken Onigirazu, Nasi Goreng Ayam Nestum dan Bubur Lambuk Nestum.

Fuh! Kecur air liur dahni. Tak sabar nak pergi terjah Maru Kafe dan try menu yang unik ini. Sedapnya.

So kalau anda nak info lanjut boleh je ke FACEBOOK myNEWS di LINK INI.

#myNEWS #jommyNEWS #kawanmyNEWS #sapotlokal #malaysianfashion #malaysiandesigner #BerbaloiBersama #MaruBersama #Nestle