fbpx

Sebelum ini hangat diperkatakan diperkatakan mengenai kemelut keluarga Syada Amzah selepas kakaknya, Shila Amzah mahu menjual rumah banglo miliknya yang didiami oleh keluarga.

Baru-baru ini perkongsian Syada menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama adik beradiknya di Insta Story serta meluahkan rasa rindu.

BACA: “Saya Mahu Pergi Dulu Sebelum Ibu” – Syada Amzah

Menurut Syada, meskipun berlaku kemelut antara mereka namun mustahil jika dia tidak sayang darah dagingnya sendiri serta rindu untuk berkumpul satu keluarga walaupun agak mustahil.

Terdahulu, Syada menafikan dakwaan dia cemburu serta iri hati dengan kejayaan dikecapi kakaknya. Syada berkata dia tidak pernah rasa dengki terhadap kejayaan Shila sebaliknya bangga kerana mempunyai kakak yang hebat.