fbpx

Murah Rezeki, Janna Nick Berjaya Beli Rumah Kedua

Perkongsian terbaru Janna Nick di Instagram menjadi perhatian apabila pelakon dan pengacara itu berkongsi berita gembira apabila dia berjaya memiliki kediaman kedua.

Menerusi entri tersebut, Janna turut memuat naik gambar berlatarbelakangkan rumah teres dua tingkat yang baru dibelinya itu.

BACA: Janna Nick Mohon Maaf Akui Miming Di Pentas AIM23

Janna turut menulis kapsyen lucu dimana dia meluahkan rasa syukur apabila berjaya tambah hutang lagi dan perlu kerja lebih keras lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah di atas pencapaian Janna itu serta mendoakan agar rezekinya sentiasa melimpah ruah.

Pada 2017, Janna pernah berkongsikan dia berjaya membeli rumah berharga RM2 juta ketika berusia 21 tahun.