fbpx

Janna Nick Mohon Maaf Akui Miming Di Pentas AIM23

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai persembahan penyanyi Janna Nick menyanyikan lagu Gatal di pentas Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) apabila suaranya dikatakan seperti dalam rakaman.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Janna mengakui dia sememangnya miming ketika di membuat persembahan di pentas AIM23.

BACA: Janna Nick Membesar Dalam Broken Family, Tiada Siapa Yang Bimbing

Memohon maaf di atas tindakannya yang memalukan itu, Janna menjelaskan dia mengalami masalah dengan suaranya apabila dijangkiti virus hingga kehilangan suara ketika di Jakarta dua minggu lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Janna berkata, peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi- penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang sememang dinantikannya.

“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu.

“Saya meneruskan penggambaran drama Melastik Ke Hatimu 2, kerja kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun sudah dinasihatkan doktor untuk berehat.

“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri. Terima kasih kepada pihak pengurusan Warner Music sebab sama-sama usaha kembalikan suara saya,” tulisnya.