fbpx

Muntah Hingga Keluar Benang Aweera Risau Kena Sihir

Disebabkan sering batuk dan demam sejak tiga bulan lalu, Aweera tidak menyangka bahawa sakitnya itu membawa kepada muntah hingga mengeluarkan benang. Katanya lagi, disebabkan batuk dan demam berterusan beliau pergi mendapatkan rawatan di klinik tetapi doktor mengesahkan kerongkong dan tonsilnya sihat sahaja.

BACA: Nurul Shazia Akui Kini Sudah Maafkan Aweera

“Tiga orang doktor, tiga klinik saya pergi semua bagi keputusan yang sama. Mereka cakap tonsil saya sihat dan tidak bengkak. Merah sedikit itu biasa, kerana saya menyanyi. Saya makan ubat seperti biasa sehinggalah saya muntah keluar benang baru-baru ini dan itu sangat mengejutkan”

“Saya bukanlan orang yang terlalu percayakan bomoh atau ilmu hitam tetapi perkara-perkara Syirik dan Khurafat itu wujud. Saya bimbang jika saya ‘terkena’ permainan orang Syirik dan Khurafat kerana saya tak pernah mempunyai musuh selama ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Pada masa yang sama, Aweera turut bercerita bahawa beliau sering mengalami masalah vokal setiap kali mempunyai undangan untuk membuat persembahan pentas walaupun ketika latihan vokalnya suaranya baik sahaja. Pun begitu, beliau akui terpaksa melanggar arahan doktor untuk berehat kerana terpaksa bekerja untuk mencari rezeki. (rkty/w)