Muntah Berterusan, Janna Nick Masuk Hospital
Selepas kekasih hatinya, Dini Schatzmann dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan jangkitan kuman, Janna Nick pula dimasukkan ke hospital apabila turut menerima nasib sama.
Memetik laporan Kosmo!, Janna disahkan menghidap vertigo berikutan keadananya tidak berapa sihat dan mengalami muntah berterusan.
BACA: Baru Menang Bintang Paling Popular, Janna Nick Terkangkang Pula Dah
“Doktor kata saya menghidap vertigo. Sebelum ini memang tak pernah ada simptom-simptom sebegitu. Sudah empat hari saya tak boleh makan, muntah berterusan, tak boleh berdiri dan tak boleh imbang badan dengan betul.
“Bila berdiri lama sikit saja rasa nak pitam, kepala rasa sakit dan tak selesa. Rasa seperti di awan-awangan,” katanya.
Dalam pada itu, Janna berkata doktor sudah pun memberinya sejenis ubat tahan sakit bagi elakkan daripada terus muntah dan kembalikan selera makan.
“Sekarang ini doktor dah check (periksa) dan bagi saya ubat yang sesuai dengan apa yang saya hadapi. Tadi pun dah selesai buat ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), jadi masih tunggu keputusan.
“Bila saya boleh keluar dari wad itu belum tahu lagi. Sebab doktor masih pantau dan beritahu saya perlukan rehat secukupnya,” ujarnya.
Pagi tadi, Janna memuat naik perkongsian memaparkan dirinya berada di sebuah hospital namun memaklumkan keadaannya baik-baik sahaja.
(Situasi di klinik antara Aku dn Dr)
Aku— aku melangkah dgn lemah kebilik DR apabila namaku dipanggil.
Dr—-Sakit apa Puan?.
Aku—pgi tdi Dr saya bagun tidur, bila saya buka mata, lalu pandangan saya kabur dan setiap yg saya pdg berpusing-pusing laju, mgkn saya boleh ckp saya sakit pusing-pusing di kepala!., bangunan yg sya pdg mcm terbalik.!
Dr–Ada muntah tak Puan?.
Aku — Ada Dr, setiap yg saya minum dn mkn akan termuntah balik!.
Dr—Puan ada makan apa smlm, smlm saya lambat makan Dr, mgkn perut saya dh masuk angin!.
Dr–ohh..lain kali jgn lewat2kan makan, makan ikut waktu. Jgn makan makanan berminyak, lebihkan minum air kosong.
Aku–Ohh..baiklah DR.
Dr–Lagi mgkn pengaliran darah Puan tak stabil, saya bagi ubat yer. Dan Puan boleh ambil ubat kat luar.
Dr..Puan bekerja ke?
Aku–Ye Dr.
Aku —(Nasib baik dia tnya), aku nk ckp tadi, fhm2 jelah yer (aku berbisik dlm hati)
Aku–Setelah ku teliti ubat, ubat yg tertera bertulis vertigo..(mgkn ubat pusing2 kepala tu) (ubat pelancaran darah), ((vitamin), (Panadol). dn surat sakit, gebebak gedebok…total dekat RM150.00..adoi…aku berkata dlm, hati…baru 1 hri mc..
Aku–Semenjak itu, aku tak melewat2kan lagi makan, kalau aku lapar aku akan jamah sikit biskut, roti sebelum time makan sampai., stok susu segar jugak tidak pernh kosong dlm peti ais tu.
makin ramai bakcin makin ramai akit..pelik nye..hmm..kesan dia bulan dlm 14 hari..tapi..berbulan2..bertahun..x percaya lagi ke..
Menyemak la anti vaksin. Merata berak ..
Yg kau tu kenapa dengki dgn org x vaksin.
Harap nanti kerajaan betul2 kenakan bayaran untuk golongan antivaksin ni kalau pergi buat rawatan kat hospital. Baru terciduk kau nak bayar. Selama ni orang bagi rawatan bersubsidi kemain bongkak sombong demand macam2 kecam doktor la misi la nanti bila kena bayar masak la korang menggelupur nak bayar. Time tu la la mengeji kerajaan kan lagi2 golongan antivaks yang jenis penunggang agama tu.
Anti vaskin dh berbunyik mcm2?.