Pelakon Nora Danish menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini namun reda belum ada rezeki buat dirinya meskipun ada rasa sedih dan terkilan.
Memetik Media Hiburan, Nora berkata dia berkata dia teringin agar dijemput menunaikan Rukun Islam kelima itu pada tahun ini, namun dia percaya bahawa aturan Allah adalah yang terbaik.
BACA: Takut Azab Neraka al-Hutamah, Nora Danish Jual Semua Kasut Tinggi
“Saya sebenanrya nak sangat pergi haji tahun ini tapi tak ada rezeki. Allah kata belum lagi. Mungkin tahun depan bersama suami baru, InsyaAllah.
“Sejujurnya saya rasa sedih dan terkilan. Tapi smeuanya kuasa Allah. Kita hanya mampu merancang,” katanya.
Dalam pada itu, Nora berkata dia akan memanfaatkan masa yang ada untuk perbaiki diri untuk menuju impiannya menunaikan ibadah haji jika diberikan rezeki.
SUMBER: Media Hiburan