“Mungkin Status Duda Buatkan Ramai Takut Nak Dekat”
Mahligai yang dibina selama enam tahun musnah selepas disahkan bercerai pada Julai lalu, Fizo Omar berkata dia belum bertemu pengganti. Ujarnya lagi, buat masa ini dia mahu memberikan tumpuan kepada anak tunggalnya, Wan Maryam.
Menurut Fizo, dia mengakui mempunyai hasrat untuk berumah tangga lagi, namun mungkin ramai yang takut dengan gelaran duda yang dipegangnya. Fizo juga berharap dikurniakan rezeki untuk menimang lebih ramai cahaya mata.
BACA: “Tak Perlulah Orang Terdekat Campur Urusan Saya Dengan Fizo”
“Setakat ini, saya belum bertemu pengganti, mungkin kerana saya sendiri tidak berusaha mencari teman hidup. Apatah lagi, fokus ketika ini diberikan kepada Cik Yam (Maryam) dan kerjaya. Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, adalah (jodoh).
“Semestinya sebagai lelaki, saya mempunyai hasrat untuk berkahwin dan dikurniakan lebih ramai zuriat sebagai teman kepada Cik Yam.
“Mungkin juga status duda disandang ketika ini membuatkan ramai yang takut untuk mendekati. Namun, saya enggan tergesa-gesa mencari teman baharu, sebaliknya menyerahkan kepada Allah untuk menentukannya,” katanya kepada BH Online.
Fizo dan Mawar, mendirikan rumah tangga pada November 2013, bercerai talak satu pada 10 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam, kini berusia dua tahun.
- SUMBER
- BH Online
bkn masalah tittle duda ko tu…org takut nak kawin dgn ko pasal ko anak mak sgt, mmg la syurga tu bawah tapak kaki ibu tp kalau sume mak ko kontrol, sume ikut telunjuk mak ko n famili ko yg hegeh2 menempal, sapa sangup..ko pi cari je bini sama negeri dgn ko..
betul2 ak setuju.. org xnk dekat ngn kau sbb ko ank mak.. xgeti handle family kau.. ehh baik ko jgn kawen.. nnty bini kau mkan hati.. jadi laki jgn bngok sgt.
Hmm…macam korang tau hal rumah tangga org…pandai2 je
Rilek2 la bro bru jek cerai dh nk kwin cm gersang sngt ko ni.
Laki kelantan…. Memang macam ni….. Kawin nak tapi bodoh…
Agreed hahaha
BAHALOL2 KAT ATAS TU AKU JUST NAK CKP..BAIK JADI JANTAN ANAK MAK DARI JADI JANTAN HAMBA BINI..LAGI BODOHHHH..