fbpx

“Mungkin Silap Saya Cakap Nak Rancang, Hingga Kini Belum Dapat Anak”

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan cahaya mata untuk melengkapkan sebuah keluarga. Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Shah Iskandar dan isteri, Siti Sarah Mohd Noor masih sabar menanti kehadiran cahaya mata.

Menurut Shah, dia tidak tertekan memikirkan soal zuriat dan mungkin silap itu datang daripada dirinya sendiri yang sebelum ini pernah bercakap mahu merancang untuk menimang cahaya mata.

BACA: “Kerap Gaduh Buat Kami Lebih Serasi” – Shah Iskandar

“Alhamdulillah sudah empat tahun kami berkahwin. Tentang anak? Tak ada tekanan. Mungkin silap saya dulu pernah cakap nak rancang dan kerana lafaz itu hingga kini kami belum dapat anak.

“Jadi sesiapa yang nak kahwin tu janganlah lafaz mengenai plan anak, terima sahaja kalau ada rezeki. katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Shah berkata dia dan isteri akan terus berusaha secara normal untuk mendapatkan zuriat. Malah katanya lagi, hubungannya dengan isteri masih baru dan banyak lagi pasangan diluar sana yang sudah lama berkahwin tetapi masih menantikan cahaya mata.

“Sekarang kami masih berusaha sama seperti pasangan lain, lagipun hubungan kami baru empat tahun, ada pasangan lagi lama dah kahwin. Saya kira ini masa untuk kami memahami dan lebih rapat,” katanya.

Shah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah di The Ballroom At East Coast, Singapura pada 16 Januari 2016.