Setelah sembilan bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Shah Iskandar menjelaskan bahawa kehidupannya kini semakin bahagia selain turut menjadi lebih teratur lebih-lebih lagi kini dia diuruskan sendiri oleh isterinya.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Shah Iskandar & Isteri


“Alhamdulillah, kehidupan saya dan isteri semakin dilimpahi rasa bahagia. Bagaimanapun, saya akui adakalanya kami bertegang leher kerana kedua-duanya mempunyai pandangan tersendiri”

“Kami sering bergaduh walaupun hanya untuk perkara kecil. Namun jangan salah faham, pergaduhan kami bukanlah serius kerana pada saya, ia akhirnya membawa kepada perkara yang lebih produktif. Pendek kata kami bergaduh untuk mencari keserasian,” kongsinya kepada Kosmo!.

Tambah Shah Iskandar, buat masa ini isterinya juga banyak mempelajari tentang bagaimana untuk menjadi pembantu peribadinya selain menjelaskan bahawa mereka belum lagi dikurniakan rezeki cahaya mata. (rtky/s)