fbpx

“Mungkin Sebab Saya Kurang Muncul Dengan Suami”

Bersikap tidak suka menunjuk tentang kebahagiaan rumah tangga bersama suami, Dira Abu Zahar sudah dapat meneka bahawa status hubungan perkahwinannya akan dipersoalkan oleh orang ramai berikutan mereka jarang mempamerkan kebahagiaan dilaman sosial. Bagi Dira, mereka mempunyai pendirian sendiri untuk mengekalkan hubungan itu bersifat lebih privasi.

BACA: Dira: Saya Dan Suami Hanya Berselisih Faham Saja

“Saya sudah jangka akan timbul isu berpisah ini kerana saya dan suami suka buat hal masing-masing sejak berkahwin lagi dan kalau mahu lihat gambar mesra hanya pada hari perkahwinan sahaja. Suami saya tidak suka dikaitkan dengan dunia popular atau ditemuramah tentang perkahwinan kami,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu.

Sebelum ini, pelakon itu dilaporkan telah bercerai dengan suaminya yang juga merupakan seorang pengarah fotografi, Helmi Yusof pada awal Ramadhan lalu. Pada masa yang sama, Dira juga dikatakan mengalami tekanan pada malam beliau diceraikan sehingga dirinya dimasukkan ke hospital untuk dirawat akibat mengalami tekanan dan kemurungan.

Bagaimanapun, Dira menafikan kontroversi berkenaan dan menganggap ianya sebagai satu salah faham sahaja. Beliau juga menjelaskan bahawa sebagai suami isteri adalah normal untuk bergaduh dan dirinya dan suami hanya bergaduh biasa sahaja. Malah, Dira juga menegaskan bahawa rumah tangganya kini sedang bahagia dan tidak mempunyai sebarang masalah. (rkty/w)