Cukup sukar kami membayangkan apa yang dirasakan oleh isteri tercinta apabila terpaksa berkongsi kasih dengan madu. Mengakui bahawa suaminya seorang yang sangat baik, isteri pertama kepada suami Izreen Azminda iaitu Intan Liana redha dengan situasi tersebut.

BACA: Ude Mengaku Nikahi Izreen Azminda Dua Bulan Lalu


Mengakui sukar menerima kenyataan bahawa suaminya sudah berkahwin dengan pelakon wanita berkenaan, Intan akhirnya redha dan meluahkan serba sedikit perasaannya sebagai isteri melalui satu sesi temubual secara live di Facebook oleh Utusan Malaysia.

“Saya tak sangka sebab saya percaya suami 100 peratus. Saya trust dia habis-habis tapi bila saya dapat tahu tiba-tiba dia kahwin so saya terimalah. Salah saya. Mungkin salah saya, ada silap saya”

“Mungkin saya tak pandai jaga suami saya, itu je. Mungkin saya tak pandai jaga suami, mungkin benda ni jadilah,” katanya. Boleh tahan sebak juga mendengar sendiri perkara sedemikian keluar dari mulut Intan.


Tambah Intan, mengenali suaminya, Ude, dia yakin bahawa suaminya akan berlaku adil dan bagi Intan, dia akan terus mempertahankan rumahtangganya selain memberikan fokus sepenuhnya buat keluarga.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ude mengakui dia dan Izreen sudah pun bernikah pada 8 Ogos lalu dan akan mengadakan doa selamat pada minggu hadapan selain akan menjelaskan situasi sebenarnya.

Selain itu, di atas rasa sayang pada keluarga, Intan yang redha dengan situasi tersebut tidak menolak kemungkinan dia dan Izreen mungkin boleh menjadi kawan di masa hadapan.

Ude dan Intan sudah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Semoga Intan terus tabah dalam menghadapi hari mendatang. (rtky/s)