“Mungkin Saya Tidak Sependapat Untuk Menutup Terus Crackhouse Comedy Club”
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai penutupan Crackhouse Comedy Club yang dibantah oleh beberapa selebriti antaranya Datuk Afdlin Shauki dan Sharifah Amani.
Perkara itu turut mendapat perhatian pengarah filem Mat Kilau iaitu Syamsul Yusof yang bersuara mengenai isu hangat tersebut.
BACA: “Saya Sebenarnya Dah Penat, Reda Saja” – Syamsul Yusof
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Syamsul berkata dia tidak sependapat jika kelab komedi itu ditutup terus kerana ianya masih boleh dibincangkan.
Kata Syamsul lagi, amaran keras dan undang-undang harus diperketatkan dan pihak berkuasa perlu mengambil serius apatah lagi ianya melibatkan insiden menghina agama Islam.
View this post on Instagram
“Mungkin saya tidak sependapat untuk menutup terus Comedy Club itu (masih boleh dibincangkan) tapi amaran keras,undang2 harus diperketat & jabatan agama/pihak berwajib juga pemimpin perlu serious tangani isu berlarutan ‘menghina agama Islam ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Syamsul berkata dia mewakili Semboyan Malaysia bersama Ayahanda Che Ton (ACT) akan turut menfailkan laporan polis berhubung isu persenda Islam dan penutupan Crackhouse Comedy Club, hari ini.
Kalau nak tutup terus pihak berkuasa kena bg hard evidence atau bukti kukuh yg kewujudan kelab itu mengancam keharmonian kaum dan agama di negara ini. Kalau setakat digantung operasi sementara utk proses siasatan itu mmg xde masalah. Kita kena adil kpd semua pihak, jgn kerana ada sentimen agama kita terus nk ambil tindakan melulu utk tutup periuk nasi org lain!
Azhar Sulaiman pun rajin lepak situ ke? Dia pun berbunyik kt socmed dia psl isu ni.
“Abg2 kwsn” ni nape x penah ronda2 kwsn tngk apa yg berlaku?! Bila dah viral jam tula korg sibuk nk tnjk ko caring, ko ke depan. Pd hal korg x penah wujud pun kalau benda tu x viral. Nmpk sngt korg ni wujud sbb nk nama! Nnt boleh mintak peruntukkan masuk dlm tabung NGO korg dari gomen! Konon ngo korg ada peranan dlm msykt.
Nk suh tutup, tutup jer laa. Apsal plak boleh bawak bincang bagai?! X faham aku pendirian cmni. Tutup jek kelab tu ckp kt owner tu prgi apply lesen baru kalau nk buat kelab ada hiburan! Ko nk suh ketat undang2 mcm mana? Org tanam ganja pun mahkamah bg lps ko nk suh undang2 ketat mcm mana lg?! Ni Msia laa, ko ingt ni negara Arab Saudi ke bole pancung kepala?!
Kalau nak tutup.. tutup kelab, pub kat hotel yg vvip melayu angkut sundal tu jugak