fbpx

Penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman berkata sikap Allahyarham Jaafar Onn berbeza ketika  mengadakan persembahan di Plaza Masalam, Shah Alam pada Sabtu lalu.

Memetik BH Online, Salwa berkata ketika itu arwah tidak ceria dan tidak berborak seperti biasa seolah beri petanda akan pergi selama-lamanya.

BACA: Jaafar Onn Meninggal Dunia

“Kenangan terakhir dengan arwah ketika buat persembahan di Plaza Masalam, Shah Alam, Sabtu lalu.

“Saya sudah beritahu arwah tak perlu datang, tetapi dia mahu juga datang dan menyanyi dengan saya.

“Pada hari itu, saya lihat arwah tidak seperti kebiasaannya, nampak lain sangat. Arwah tidak menyanyi dan berborak seperti sebelum ini.

“Daripada situ, saya dapat agak arwah seperti sudah tak lama jika dilihat penyakit dihidapi,” katanya.

Sementara itu, Salwa berkata dia merasakan arwah seperti hilang semangat selepas pemergian beberapa rakan baiknya, Allahyarham Rohana Jalil kerana mereka sangat rapat.

“Kehilangan beberapa rakan baik sangat memberi kesan. Mungkin arwah rasa lemah semangat selepas Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia. Kita tahu mereka sangat rapat.

“Saya nampak semangat arwah sudah berkurangan. Arwah tak beritahu, tetapi sebagai kawan saya nampak semangatnya hilang selepas arwah Rohana meninggal dunia,” katanya.

Allahyarham Jaafar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

SUMBER: BH Online