fbpx

“Mungkin Allah Kurniakan Anak Untuk Tebus Kesalahan Lalu”

Baru menimang cahaya mata keempatnya, El Issac Yamani yang dilahirkan pada 11 November tahun lalu, penyanyi Datuk Jamal Abdillah akui membesarkan dua anak di usia 62 tahun merupakan tanggungjawab berat.

Jamal berkata isterinya iaitu Datin Zai Khairuddin turut letih menguruskan dua anak mereka yang masih kecil. Namun, Jamal menganggap anak-anaknya itu anugerah dikurniakan Allah bagi menebus segala kesilapan lalu.

BACA: Bakal Timang Anak Lelaki, Jamal Abdillah Pilih Nama ‘Zek’

“Saya pun ada juga membantu dia dalam menguruskan anak-anak. Saya bersyukur di usia sekarang ini masih dianugerahkan cahaya mata dan ia pasti datang dengan tanggungjawab yang besar untuk saya membesarkan mereka.

“Mungkin ini sesuatu yang Allah kurniakan (anak-anak) untuk saya menebus segala kesalahan-kesalahan masa lalu. Tapi tanggungjawab ini memang berat tapi saya tetap bersyukur,” katanya.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan isterinya pada April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata. Jamal turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15 menerusi perkahwinan terdahulu.