fbpx

Penyanyi Baby Shima berkata komen pedas Mas Idayu dalam progran Famili Duo baru-baru ini disifatkan satu bentuk teguran biasa.

Memetik mStar Online, Shima berkata dia yang pernah berdepan situasi sama seperti Sissy Imann beranggapan teguran Mas Idayu itu menjadikan dia lebih bersemangat dan perbaiki mutu nyanyian.

BACA: “Itu Bukan Tahap Saya” – Mas Idayu Tak Takut Dicabar Masuk GV

“Semasa dimarahi mummy (Mas Idayu) dulu, saya diam sahaja dan terima semua komen tersebut sebab saya tahu saya buat salah.

“Bagi saya, ia teguran membina dan kita harus belajar dari kesilapan. Kritikan mummy pedas dan berisi! Yang salah tetap salah. Selalunya yang kena marah akan memberikan persembahan lebih baik pada minggu hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Shima turut menyifatkan Mas Idayu atau lebih mesra dipanggil Mummy seorang yang jujur dalam memberikan komen tentang persembahan dan peserta akan tahu kesalahan mereka.

“Mummy antara juri program yang paling bagus sebab dia tak fake tentang persembahan. Berbanding artis lain yang lebih memuji sedangkan tahu persembahan itu teruk.

“Kalau tidak ada komen sebegitu sampai bila-bila peserta itu tidak tahu kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai Mas Idayu apabila memberikan kritikan pedas terhadap pasangan sepupu Famili Duo iaitu Naim Daniel dan Sissy Imann sehingga mengundang kecaman netizen.