Mula Sakit Belakang & Kaki Bengkak, Mira Filzah Hitung Hari Bersalin
Usia kandungan kini sudah mencecah lapan bulan, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah kini berdepan simptom di trimester akhir kehamilan.
Dijangka bersalin awal Mei ini, Mira berkata dia kini sering mengalami sakit belakang dan kaki yang semakin membengkak.
BACA: Muka Cengkung Sejak Hamil, Mira Filzah Dikecam
“Sekarang pun dah sarat kalau ikutkan, kandungan usia dah masuk lapan bulan lebih saya dah mula rasa kerap sakit belakang, kaki pun selalu bengkak.
“Namun sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti,” katanya.
Ditanya mengenai persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulungnya itu, Mira berkata tiada persiapan khusus dilakukan dan masih belum selesai lagi.
“Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak tempah secara online sahaja macam baju anak.
“Bukan sahaja kerana bimbang akan virus Covid-19 sekarang, malah saya sendiri tak terhadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan dari segi masa sahaja.
“Dari segi persiapan mental saya tak banyak fikir sangat ada sahaja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan sebagainya selebihnya saya hanya berfikiran positif,” katanya.
Terdahulu, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan.
- SUMBER
- Kosmo!
Kuar anak huduh korang dua haha
Alahai comel je mira pregnant. Semoga dipermudahkan segala urusan nanti insyaAllah
Apo la masalah ang ni
Apo masalah ang ni benci thought oooooiiiiiii
Apo la masalah ang ni benci thought oooooiiiiiii
Si benci thought ni sungguh tak matang ya. Sesungguhnya si mira dan laki dia ni orang terpelajar dan pandai cari duit…..Walaupun muka diorang ni takde lah cantik dan hensem bebenor pun.
Si benci thought ni dah lah mampu komen negatif je memanjang, perangai yang biasanya orang tak berduit dan tak berpelajaran je ada perangai gitu. Hikhikhok.
Biasanya orang orang negatif ni hidup tak tenang. Sebab selalu tengok benda buruk. Berfikiran buruk. Hati jadi kotor. Hidup dia mesti jenis cakap lepas dan pemarah. Sesungguhnya perangai gini takde orang sudi jadi kawan dengan dia. Semua pakat menjauh.
Benci thought to dulu mungkin prnh kena dera. Empati la dgn dia sikit. Kalo ko perlu teman utk bicara mslh ko teoon befrienders.. pesanan utk benci thot dan yg sewaktunya
Benci thought tu Hanna Monta…dia selalu ada dlm Cari forum..antivaks.