fbpx

Mula Hidup Baru, Saharul Jual Semua Barang Berjenama

Bukan mudah bagi pengumpul koleksi barangan berjenama untuk melepaskan barangan kesayangan mereka namun bagi pelakon Saharul Ridzwan, apa yang dilakukannya itu adalah untuk masa depan selain mahu memulakan kehidupan baru. Keputusannya itu turut didorong oleh rakannya, Fizo Omar.

BACA: Saharul Ridzwan Terharu Anak Sebut Nama Allah

“Ada juga beberapa koleksi kasut dan barang yang saya simpan dan tidak akan jual. Sebab barang-barang itu mempunyai nilai sentimental. Antaranya, kasut jenama AJ yang saya pakai ketika majlis perkahwinan dan kasut warna putih yang saya pakai ketika berbulan madu”

“Selain itu, kotak jenama Supreme hadiah pemberian isteri yang berharga lebih kurang RM500 juga saya simpan,” jelasnya kepada mStar Online.

Shahrul sebelum ini memang dikenali kerana mengumpul barangan streetwear berjenama mewah yang dianggapnya sebagai hobi mewah yang memberikan kepuasan.

“Keputusan nak jual barang-barang saya itu dibuat selepas bertemu dengan Fizo buat kali kedua. Sebenarnya tujuan saya nak jumpa Fizo ketika itusebab nak beli buku dia, Bangkit Bila Bankrap”

“Tapi dalam pada masa yang sama dia beri tips, untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik, saya kena korbankan sesuatu yang saya minat,” katanya lagi. (rtky/s)