fbpx

Muktamad! Anggap DSV Sebagai Kawan, Iqbal Zulkefli Nak Kenal Wanita Lain

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan kembali mengenai hubungan usahawan Datuk Seri Vida dan bekas kekasihnya, Iqbal Zulkefli dilihat sering menghabiskan masa bersama.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Facebook, Iqbal menjelaskan dia dan Vida tidak mempunyai hubungan istimewa.

BACA: Iqbal Zulkefli Ajak DSV Datang Ke Rumah Banglo Miliknya

“Tidak putus orang bertanya hubungan saya dengan Dato Seri Vida. Di sini saya jelaskan, tiada apa-apa hubungan lagi antara saya dengan beliau. Tidak bergaduh tetapi saya tidak boleh teruskan lagi. Ini keputusan muktamad untuk hidup saya,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Iqbal turut berharap agar kontroversi mereka dapat dihentikan serta mengatakan hubungannya dengan Vida hanya sekadar kawan biasa.

“Berharap kontroversi ‘hubungan’ saya dengannya dihentikan. Ini janji saya kepada semua, tidak akan ada lagi hubungan yang lebih selain kawan biasa. Saya tidak mahu bazirkan masa,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal turut membuka peluang kepada mana-mana wanita yang ingin berkenalan dengan dirinya serta mengatakan mahukan wanita yang memahami serta bertolak ansur.

“Mana-mana wanita, jangan segan untuk mendekati saya. Jangan takut, saya bukan jenis yang memandang harta benda, seadanya saya sekarang sudah mencukupi. Apapun, tolong doakan Allah temukan saya dengan orang yang tepat,” katanya.