fbpx

Muka Seperti Patung Barbie, Ifa Raziah Ubah Wajah?

Walaupun dah memasuki usia 40-an, wajah pelakon dan penyanyi Ifa Raziah seperti tidak dimamah usia. Tak nampak berusia langsung, cantik macam anak dara lagi.

Jika sebelum ini, bentuk badannya yang langsing menjadi perhatian, terbaru, imej terbarunya yang dikatakan seperti patung barbie menjadi bualan ramai.

BACA: Ifa Raziah Kini Selesa Bertudung

Menerusi posting tersebut, Ifa kongsikan produk pelangsingan badan miliknya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Rata-rata netizen memuji Ifa Raziah yang semakin cantik dan langsing. Memang jauh beza jika dibandingkan dengan penampilannya dahulu.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Ifa Raziah melakukan suntikan botox. Tambah netizen lagi, mana mungkin jika kuruskan badan boleh buatkan dagu jadi panjang.