Muka Sama, Qasrina Karim Tak Suka Dibandingkan Dengan Mira Filzah
Wajahnya sering disamakan dengan pelakon terkenal Mira Filzah, pelakon baru Qasrina Karim menganggap ianya sebagai satu pujian.
Bagaimanapun, gadis berusia 25 tahun itu berkata dia tidak mahu dibandingkan dengan pelakon berkenaan sert berharap tidak timbul cerita negatif.
BACA: Mira Filzah Sahkan Hamil Anak Pertama
“Sudah ramai cakap tentang perkara itu. Saya terima ia sebagai satu pujian kerana Mira seorang yang sangat berbakat dan cantik. Kami juga pernah berhubung menerusi DM di Instagram.
“Kalau boleh saya tidak suka dibandingkan, tetapi apa boleh buat? Cuma saya harap tidak timbul cerita yang negatif,” katanya.
Pertama kali melangkah ke bintang lakonan apabila membintangi filem berjudul Kongsi Raya, Qasrina mengakui bimbang jika lakonannya dikritik penonton apabila ada babak dalam filem itu dilihat seperti bersentuhan dengan lelaki.
“Kebanyakan babak dan poster yang memperlihatkan saya bersentuhan dengan lelaki hanyalah teknik kamera. Dari awal terima tawaran berlakon saya sudah maklumkan tidak mahu babak bersentuhan kulit. Jadi saya cuba lakukan sebaik mungkin dengan cara berlapik.
“Tidak tahu bagaimana anggapan orang nanti selepas filem ini ditayangkan. Namun saya sudah tetapkan dalam diri supaya tidak ambil kira kecaman orang,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Cantik lagi Qarisna..p x kenal lah..artis baru ke..p gaya sma…kalo dpt artis baru skrg ni cari identiti sndiri dan gaya tersendiri ye..kalo nk jadi artis..
cantik Q lg. tp kalau ko nk ajet2 manja mengada mcm MF, terus hilang cantik tu. tergedik2 bkn taste aku
Molek sungguh rupa paras budak ni. Tak kira lah artis baru ke, tak femes ke, gedik ke, tak ada bakat berlakon ke, apa2 lah tp dia sungguh cantik, aku suka sangat.
Dahi luas. Bijak gamaknya. X kenal tp pernah ternampak dlm iklan tudung satu jenama. Masa tu aku dh pikir this bdk akan jd pelakon sbb kat msia ni kekurangan heroin yg pakej. Hopefully dia x gedik dan kool saje dan x gatal peluk jntn ketika berlakun. Tu je aku nak ingatkan. Jika dia berusaha sikit berlakun x kayu gerenti letopan. Dlm gmbr dan bideo nmpk lg cun daripada mira.
Dia model tudung Alhumaira. Cantik sangat..
Macam bumi dengan langit kot qasrina n mira. Qas ni jauh lebih classy dan matang, quick witted jgk. Lain betul dgn mira yang perasan cantik pastu menggeletis. Ajet2 ayu gitu menyampah aku. Kalau tgk qas ni sejuk je mata tak over langsung. Sama la macam si shepah ros tu celah mana ntah cantik. Dari dulu try hard sangat nak jadi famous. Couple dengan budak2 acah glemer pastu try climb tangga jadi pelakon kayu. Nak jadi socialite punya pasal. Cantik lagi si wardina anuar. Rileks je. Depan camera senyum sikit2 je pun dah cantik. Shepah try hard in every aspect kesian tengok lols. In summary, dont worry qas u’re wayyyy prettier and better than mira piljah. Stay true to yourself and please tolong jangan menggeletis cam mira k. Murahan sangat
tak pernah rasa mira tu dalam kategori wow pun. cuma kelebihan mf cara dia bercakap tu petah dan sedap didengar. baru tgk qasrina ni katanya kacukan tokti dan mira filzah. okay la manis dan cantik senyuman dia. muda lagi. bila dah masuk dalam industri ni, pandai2 la bawa diri dik.