Muka Ganas Tapi Rupanya MK Malu-Malu Dengan Perempuan
Kini menceburi bidang lakonan menerusi drama The Hotel, penyanyi rap MK K-Clique berkata banyak perkara baharu dipelajari olehnya.
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin berkata dia bersyukur rakan pelakon tidak lokek memberi tunjuk ajar kepadanya.
BACA: Pernah Nyatakan Niat Beri RM50k, MK K-Clique Jumpa Pakcik Hadi
Bergandingan dengan pelakon popular Mira Filzah, MK berkata dia terpaksa membuang sikap malunya dengan perempuan apatah lagi dia takut untuk bertentang mata dengan wanita.
“Saya ni pemalu, takut nak pandang mata perempuan. Kali pertama berdialog dengan Mira saya tak pandang mata dia sampailah Mira cakap tengoklah mata I,” katanya.
Dalam pada itu, penerbit drama tersebut iaitu Michael Ang berkata meskipun MK seorang penyanyi namun dia dapat memberikan lakonan yang baik.
“Benda biasa penyanyi jadi pelakon, pelakon jadi penyanyi. MK ada aura dan dia pun first time berlakon jadi kita tak harap sesuatu yang lebih.
“Tapi dari hari pertama sekarang MK banyak imporvement daripada footage saya tengok,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Huduh nak mampos tak payah la geli Aku tengok muka Artis melayu zaman ini .. tak hensem mcm azri iskandar hairie Othman Dan edika Yusuf, gi mampos la nak termuntah dlm mask ni oiii
Huduh nak mampos tak payah la geli Aku tengok muka Artis melayu zaman ini .. tak hensem mcm azri iskandar hairie Othman Dan edika Yusuf, gi mampos la nak termuntah dlm mask ni oiii
Ensem doh, ko tu jek yg selera nenek2 hahaha ketinggalan zaman tul si benci tot ni
Aku tak minat pun si MK ni.. Tapi dia hensem la.
Oooooo
Kalau dia blakon dgn nabila.. Rasa layanla jg.. Mmdngkn brlakon dgn MF.. Trus xpndng tv hat ada
X minat la cite kalo ade mira filzah tu…terus xnk tgk…