fbpx

Mufti Kelantan: Haram Konsert Artis Ditaja Syarikat Judi

Semalam kecoh juga dunia hiburan dengan dakwaan kononnya sebuah konsert artis tempatan yang dianjurkan di Malaysia baru baru ini mendapat tajaan besar dari syarikat perjudian terbesar di Malaysia sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah peminat.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang merupakan Mufti Kelantan berkata, setiap individu beragama Islam itu seharusnya sedar bahawa bekerja di bawah sumber yang tidah sah dalam Islam sudah dikira salah dan dilarang.

“Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar darip hasil judi atau perkara perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima”

“Walaupun seseorang itu atau pun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat para peminat tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram”

“Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah,“ ujarnya.

Dalam masa sama beliau juga meminta supaya semua penyanyi tempatan lebih berhati hati dalam menerima tawaran tajaan risau jika ianya datang dari sumber yang salah.

“Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak? Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri,” tambahnya lagi. (rtky/m)