Ini berita baik buat anda yang ingin mendapatkan pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 hanya melalui simpanan di dalam SSPN-i Plus. Malah jika anda nak tahu, melalui simpanan ini, anda juga akan dapat perlindungan takaful, dividen kompetitif dan layak menyertai Cabutan Wow! SSPN-i Plus.
Okay, tanpa perlu cerita panjang-panjang, anda sebenarnya beruntung sekiranya menyimpan dengan SSPN-i Plus kerana terdapat pelbagai faedah.
Dengan pakej RM30 atau serendah RM1 sehari, anda berpeluang menikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan:
1. Pakej serendah RM30 serta simpanan ini dijamin oleh kerajaan
2. Manfaat takaful bagi kematian/ilat kekal sehingga RM1 juta
3. Manfaat khairat kematian bagi pendeposit termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak
4. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
5. Ibu bapa dan ibu bapa angkat/penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i Plus diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000
Apa yang dimaksudkan dengan pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000? Maksimum RM6,000 untuk bahagian simpanan di bawah SSPN-i dan maksimum RM6,000 lagi untuk bahagian takaful di bawah Insurans Nyawa dan KWSP.
Malah ini juga merupakan antara platform terbaik untuk anda mendapatkan pelepasan taksiran cukai hingga RM12,000 sebelum 31 Disember 2016.
Apa yang lebih menarik lagi, dengan SSPN-i Plus ini, tidak mengira samada anda lelaki atau perempuan, apa pekerjaan anda dan bagaimana keadaan kesihatan anda, anda boleh menikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.
Siapa kata kita tidak mampu menyimpan duit sendiri di zaman sekarang malah dengan simpanan serendah RM30 sahaja sudah cukup melayakkan anda untuk menikmati pelbagai manfaat untuk masa depan yang lebih terjamin.
Jika anda inginkan maklumat lanjut, boleh layari www.ptptn.gov.my. Jom menyimpan dalam SSPN-i Plus!