fbpx

Muat Naik Gambar Jumpa Anak, Hafidz Roshdi Kuat Berlakon?

Jika anda mengikuti Instagram Hafidz Roshdi, baru-baru ini pelakon itu ada memuat naik gambar dan video bersama anak-anaknya.

Menerusi perkongsian itu, Hafidz juga memaklumkan akhirnya dapat bertemu dengan anak-anak selepas 3 bulan tidak berjumpa.

BACA: Hadanah: Shuhada Terkejut Hafidz Tiba-Tiba Ubah Fikiran

Memetik Utusan Online, isteri kepada pelakon itu iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa hairan dengan sikap suaminya yang memuat naik gambar tersebut sehari sebelum prosiding sulh berlangsung semalam.

Shuhada turut mendedahkan pertemuan Hafidz dengan anak-anakya itu adalah pada tiga minggu lalu.

“Kenapa dia baru berkongsi video dan gambar bersama anak-anak semalam (kelmarin) sedangkan perjumpaan itu adalah tiga minggu lalu? Adakah sebab ada kes hadanah hari ini (semalam)?” soalnya.

Difahamkan, menerusi perkongsiannya itu Hafidz turut memaklumkan dia mencipta akaun Instagram baru buat anak-anaknya yang diberi nama @humairahnumar.muhammad.hafidz

Dalam pada itu, Shuhada berkata tindakan suaminya itu menimbulkan persoalan kerana Hafidz tidak pernah mengambil tahu urusan anak-anak mereka selama ini.

“Sebelum ini, tak pernah pula hendak buat akaun Instagram anak. Selama anak-anak hidup pun dia tak pernah ambil tahu hal mereka. Untuk apa tindakan ini dibuat secara tiba-tiba?” soalnya lagi.

Pada Isnin lalu, pasangan itu gagal mencapai kata sepakat selepas Hafidz berubah fikiran di saat-saat akhir berhubung tuntutan hadanah (hak penjagaan) dua anak mereka.