fbpx

Atikah Suhaime Teruja Suami Belikan Kereta Second Hand

Sejak mendirikan rumah tangga pada Januari lalu, pelakon Datin Atikah Suhaime dilihat bahagia bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Lokman Teh.

Baru-baru ini, Atikah dilihat berkongsikan video momen gembira suaminya membelikan kereta second hand buat dirinya. Menerusi video itu, Atikah menghantar kereta tersebut untuk dikilatkan di sebuah kedai.

BACA: Atikah Suhaime Kekok Digelar Datin, Rasa Kerdil

Lebih menghiburkan, Atikah turut berseloroh selepas ini dia boleh ‘show off’ suaminya belikannya kereta baru untuk dirinya selepas kereta second hand miliknya itu kelihatan baru apabila selesai dikilatkan.

Namun, turut menjadi perhatian Atikah berkata dia ada masalah apabila memaklumkan dia tidak mempunyai lesen memandu. Bagaimanapun Atikah berkata suaminya ada untuk memandu kereta tersebut.

Perkongsian Atikah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi pelakon itu yang tidak malu memberitahu suaminya belikan kereta second hand untuk dirinya malah rasa gembira.

Tidak kurang juga, ada yang meminta Atikah segera mengambil lesen memandu. Namun ada yang mengatakan, tak perlu ambil lesen memandu sebaliknya ambil pemandu sahaja.