fbpx

Motosikal Jadi Hadiah Cabutan Bertuah Seniman Run 2.0

Edisi kedua penganjuran Seniman Run 2.0 pada 16 Februari tahun hadapan pastinya menjadi lebih menarik apabila syarikat penyedian perkhidmatan e-Hailing, Spedy, menawarkan sebuah motosikal sebagai hadiah utamanya.

Malah peserta juga berpeluang untuk berlari bersama artis dan selebriti terkenal tanah air dalam acara larian yang mempertandingkan 5 kategori iaitu larian 10km, 5km, 10km veteran, 5km Junior dan 5km Seniman.

Acara yang bertujuan untuk mengumpul dana kebajikan kepada ahli SENIMAN yang kurang bernasib baik itu akan bermula pada 7 pagi di Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM65 dan sebahagian daripada hasil yuran penyertaan Seniman Run 2.0 akan disumbangkan kepada keperluan perubatan Benjy yang kini berada di Penjara Tanjung Gusta, Medan.

Menariknya, setiap peserta yang berdaftar akan mendapat t-shirt dan pingat.
Jadi apa tunggu lagi jangan lupa untuk sertai SENIMAN RUN 2.0 untuk berlari bersama selebriti kesayangan anda.

Tarikh tutup penyertaan 31 Disember ini. Maklumat lanjut sila layari di facebook atau klik di sini.