Mona Allen Risau Anak Dicium Orang Ramai & Saudara Masa Hari Raya
Pelakon Mona Allen meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan dan kesihatan anak sulungnya, Petra Pekin menjelang Hari Raya ini.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Mona gelisah untuk fikirksn cara untuk menghalang orang ramai mencium anaknya serta meminta tips daripada pengikutnya.
BACA: Mona Allen Bertudung Selepas Dikurniakan Zuriat
Mona berkata dia bimbangkan tentang anaknya serta bagi mengelak daripada dijangkiti virus Respiratory Syncytical Virus (RSV).
“Saya berharap nanti masa Raya tolonglah jangan kiss Petra. Takut virus RSV. Macam mana nak bagi tahu orang kampung, family atau saudara-mara janganlah cium baby. Any tips?,” soalnya.
Sementara itu, Mona turut berkongsikan pandangan netizen berhubung isu tersebut di Instagram miliknya dimana ada yang menyarankan pelakon itu sentiasa mendukung anaknya dan tidak lepaskan kepada orang lain.
Bagaimanapun, Mona menjawab dia sudah membuat perkara yang dicadangkan itu namun ianya tidak berjaya.
Dalam pada itu, ada yang mencadangkan supaya Mona berterus terang sahaja kepada mereka supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini.
Topik menarik ni…
1. Pegang je jgn lepas. Jgn bg husband or ahli keluarga lain pegang
2. Cakap je direct buat muka tak bersalah. Kata kulit baby alah cium2 bekas air liur
3. Kalau ada yg mengambil, ambil je balik anak tu dgn tanpa reaksi serba salah. tapi hati kena kering
Selalu no. 3 Tu sgt efektif tp mak yg kena keras hati
Buat macam ni lah:
Ko sembunyikan dia dalam almari.
Atau letak dalam sangkar.
Bodo betul Mona ni!