fbpx

Mona Allen, Pekin Ibrahim Bakal Timang Anak Lelaki

Pasangan pelakon Pekin Ibrahim dan Mona Allen mengumumkan berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Perkara itu dikongsikan oleh Mona menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram dalam satu majlis pengumuman jantina anak sulungnya.

BACA: Tampil Berhijab, Mona Allen Mahu Perbaiki Diri Sebelum Bergelar Ibu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mona Allen? (@mona.allen)

Dalam video tersebut memaparkan pasangan itu meletupkan belon untuk mengetahui jantina anak mereka yang bakal dilahirkan kelak. Mona turut menyertakan kapsyen meluahkan rasa syukur bakal menimang cahaya mata lelaki. 

Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Kami mendoakan agar proses bersalin dipermudahkan.