fbpx

Tampil Berhijab, Mona Allen Mahu Perbaiki Diri Sebelum Bergelar Ibu

Memuat naik foto tampil berhijab di Instagram, penampilan terbaru pelakon, Mona Allen menjadi perhatian ramai.

Enggan membuat sebarang kenyataan mengenai penampilannya itu, Mona memilih untuk membiarkan saja netizen membuat andaian sendiri mengenai imej bertudungnya itu.

BACA: Empat Tahun Mencuba, Mona Allen Berjaya Hamil Ikhtiar Minum Air Kelapa Muda Bakar

Memetik mStar Online, Mona mengakui sedang memperbaiki dirinya apatah lagi bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

“Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyatana apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya apa yang saya kongsikan…itulah.

“Terpulang pada netizen nak tafsir. Sebab tak nak salah faham, nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk. Saya takut kalau salah cakap, nanti jadi lain pula.

“Apa pun minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” katanya.

Dijangka bakal melahirkan cahaya sulung pada September depan, Mona bersyukur menerima banyak hadiah barang keperluan bayi.

“Saya dijangka bersalin September nanti. Alhamdulillah saya bersyukur ramai yang menghadiahkan barang baby. Saya anggap rezeki baby dapat macam-macam,” katanya.

Mona mendirikan rumah tangga dengan pelakon Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.