fbpx

Sudah sepuluh hari bergelar isteri kepada pelawak Shuib, perkongsian Watie Hanifiah menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran mengenai hari pernikahan mereka.

Menerusi entri tersebut, Watie berkata dia tidak akan melupakan hari pernikahan mereka dan pada hari tersebut bermulalah perjalanannya sebagai seorang isteri.

BACA: Demi Anak Tiri, Watie Sanggup Tangguh Zuriat Sendiri

Turut menjadi perhatian, Watie berdoa agar dapat menjalankan amanah sebagai seorang isteri dengan sebaiknya serta menjadi isteri yang mendengar kata dan taat kepada suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

“Moga Allah jadikan aku isteri yang mendengar kata dan taat pada suami. Isteri yang sentiasa bertolak ansur dengan suami.

“Isteri yang tinggi sifat sabarnya dan isteri yang suka bergurau senda gelak ketawa mengilai, eh. Moga isteri yang Allah takdir kan untuk awak (Shuib) ini, menjadi isteri yang solehah,” katanya.

Perkongsian Watie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar usahawan itu dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri serta ibu kepada anak-anak Shuib.

Pada 23 Jun lalu, Shuib sah menjadi suami kepada usahawan, Watie, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.