fbpx

Demi Anak Tiri, Watie Sanggup Tangguh Zuriat Sendiri

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkata dia tidak menolak rezeki jika dikurniakan zuriat.

Memetik Kosmo, bagaimanapun usahawan itu berkata dia mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak tirinya terlebih dahulu.

BACA: “Masa Arwah Masih Ada Tak Pernah Sekali Watie Main Golf Dengan Shuib” – Ibu Shuib

“Pasal perancangan anak, saya ambil keputusan untuk jaga anak-anak yang sedia ada dulu. Tapi kalau dikurniakan rezeki untuk dapat zuriat… Alhamdulillah saya tak menolak,” katanya.

Dalam pada itu, Watie berkata sejak awal perkahwinan lagi suaminya meminta untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Pada 23 Jun lalu, Shuib selamat mendirikan rumah tangga bersama Watie dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Putra Glass House, Shah Alam.