Perkongsian pelakon Abby Abadi menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dia sedang menjalani penggambaran bersama seorang model untuk sebuah jenama pakaian.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menerusi entri itu, Abby berkata model tersebut mirip wajah anaknya, Marissa Dania dan dia memeluk gadis berkenaan kerana rasa rindu pada anaknya itu.
BACA: Abby Abadi Tak Tahu Marissa Bersalin Bayi Pra Matang, Belum Ada Khabar Berita
View this post on Instagram
“Tinggal lagi beberapa helai baju, baru perasan wajah adik ni macam anak saya.. lassttt pelukk tuu tiba-tiba datang rinduuu.. Ye hanya rinduuuu,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju wajah model berkenaan sememangnya mirip Marissa serta sebak membaca luahan hati Abby itu.
Pada Ogos lalu, bayi sulung Marissa dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan. Marissa yang sedang hamil enam bulan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
SUMBER: mStar Online