fbpx

Pada 16 Mei lalu, merupakan hari kemuncak bagi acara 515 eParty bagi permainan mudah alih, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang telah berlangsung selama sebulan. Pusingan terakhir ini telah pun disiarkan secara langsung di
Showmatch Amal yang disertai oleh bintang media sosial MLBB, Soloz, MasterRamen, SynC, Ly4Ly4Ly4 dan ramai lagi.

Peraduan ini telah diadakan dengan matlamat untuk berhibur sambil beramal dan mengumpul dana bagi tabung kebajikan wabak Covid-19.

Pada akhir siaran langsung tersebut, Moonton telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM51,500 yang akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meraikan wira barisan hadapan “frontliners” yang telah bertungkus lumus mencegah penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Komuniti MLBB secara tidak langsung telah membantu menyumbang kepada dana ini melalui tontonan dan perkongsian Showmatch Amal kepada rakan-rakan mereka. Semakin ramai yang menonton Showmatch Amal ini, semakin tinggi jumlah sumbangan yang akan disalurkan!

Acara 515 ini merupakan acara tahunan MLBB yang diadakan di seluruh dunia. Pada tahun lepas, acara 515 ini bertemakan “515 United” dengan slogan “United We Win”. Di Malaysia, pelbagai aktiviti luar telah diadakan di mana para peminat boleh menyertai pertandingan MLBB, pertandingan cosplay, cabutan bertuah dan banyak lagi aktiviti yang menarik selain daripada acara secara atas talian di dalam permainan MLBB.

Bagi tahun ini pula, dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia, acara 515 telah dijalankan secara atas talian sepenuhnya dimana para pemain MLBB dapat meraikan acara ini dengan hanya berada di rumah sahaja.

Bertemakan “515 eParty” serta slogan “Game On! Party On!”, para peminat akan disajikan dengan beberapa acara yang menarik serta cabutan bertuah dan pertandingan yang menjanjikan hadiah wang tunai yang lumayan!

Bagi menyambung tradisi dari 515 sebelum ini, satu lagu tema bertajuk “Party Legends” telah dilancarkan.

Bagi meraikan bulan Ramadhan serta Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, satu pertandingan seni lukis bertemakan Hari Raya Aidilfitri di mana peserta perlu melakarkan bagaimana hero MLBB meraikan perayaan ini telah diadakan.

Dengan kejayaaan 515 eParty pada tahun ini yang menyatukan orang ramai untuk bermain Mobile Legends: Bang Bang bersama – sama dalam norma baru ini, permainan ini pastinya akan kembali lagi untuk meraikan acara 515 pada tahun 2021!