fbpx

MK K-Clique Mengaku Anak Manja, Setiap Hari Telefon Ibu

Penyanyi rap dan pelakon MK K-Clique mengaku dia merupakan seorang anak yang manja atau istilahnya ‘anak mak’.

Memetik Kosmo, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata jika boleh dia tidak mahu berpisah dengan ibunya.

BACA: MK Nafi Dah Kahwin Dengan Anak Hartawan

Bagaimanapun, MK berkata dia terpaksa berkorban demi kerjayanya sebagai anak seni namun tidak lupa untuk menghubungi ibunya setiap hari.

“Saya memang anak mak dan saya memang telefon mak setiap hari untuk mohon doanya. Alhamdulillah, ibu saya seperti ibu orang lain juga, amat memahami kerjaya anaknya.

“Berjauhan dengan keluarga adalah satu pengorbanan yang terpaksa saya lakukan demi mencari rezeki. Jika di Sabah, mungkin peluang kerjaya dalam bidang seni agak terhad,” katanya.

Baru-baru ini tular video di media sosial penyanyi itu sedang membaca surah Yasin bersama keluarga, MK berkata dia menjaga privasi termasuk butiran mengenai kesihatan ibunya.

“Tentang keluarga saya minta maaf, saya tidak boleh berkongsi. Cuma saya mohon setiap orang yang mengenali saya dan keluarga mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ibu saya.

“Buat masa ini ibu saya berada dalam keadaan yang baik dalam jagaan ahli keluarga di Sabah,” katanya.