fbpx

MK Nafi Dah Kahwin Dengan Anak Hartawan

Baru-baru ini tular perkongsian video memaparkan penyanyi rap popular MK (K-Clique) berjalan sambil memegang tangan seorang wanita iaitu kekasihnya.

Malah, MK juga ada memuat naik gambar bersama gadis itu di Instagram dengan kapsyen romantis memberitahu dia sudah dimiliki.

BACA: Ramai Patah Hati Tengok Mk Pegang Tangan Kekasih, Netizen Dakwa Hajar Siti Anak Orang Ternama Pahang

Enggan mendedahkan identiti gadis yang berjaya mencuri hatinya, MK berkata posting yang dimuat naik adalah sebagai satu penghargaan serta mahu berkongsi kehidupan peribadi buat par peminat.

“IG saya sudah terlalu banyak hantaran mengenai kerja, jadi saya rasa mahu berkongsi mengenai kehidupan peribadi pula.

“Saya percaya pengikut IG pasti ingin mengetahui serba sedikit mengenai kehidupan peribadi saya. Saya mendedikasikan hantaran ini agar orang tahu siapa yang saya hargai. Jadi, saya mahu peminat anggap gadis berkenaan sebagai insan yang saya hargai, itu sahaja,” katanya.

Hangat diperkatakan apabila MK didakwa sudah berkahwin, penyanyi itu menafikan bahawa dia sudah pun menamatkan zaman bujang dan dalam proses memperbaiki diri.

“Perkara begini perlu dijelaskan, saya belum berkahwin. Saya masih dalam fasa memperbaiki dan mengenali diri. Adakah saya mampu menuju ke fasa perkahwinan selagi belum bersedia? Adakah saya mampu untuk membina keluarga dan membimbing isteri?

“Saya masih dalam proses belajar sebab saya rasa anda pun tahu saya macam mana. Saya akui pandemik COVID-19 banyak membawa kesan positif kepada saya,” katanya.

Terdahulu, netizen terlebih dahulu menyiasat identiti wanita dikenali sebagai Hajar Siti itu. Ada yang mendakwa gadis itu berasal daripada keluarga ternama dari Kuantan, Pahang.