fbpx

MK K-Clique Sudah Maafkan Peminat Peluk, Cium

Berikutan viral tindakan seorang peminat wanita menciumnya tempoh hari, penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK sudah memaafkan wanita terbabit apabila beliau tampil memohon maaf menerusi pengurusnya.

BACA: Peminat Ambil Kesempatan Cium MK K-Clique Dikecam

“Sebenarnya, perkara ini tak besar. Ia hanya kesilapan dan mereka sudah belajar. Malah, individu yang melakukan aksi itu sudah minta maaf menerusi pengurus saya. Secara peribadi, saya maafkan mereka dan biar ia menjadi pengajaran”

Menurut MK, insiden berkenaan baginya perkara kecil yang hanya diperbesarkan oleh netizen sehingga rakaman itu menjadi viral. Dalam masa sama, MK berharap insiden terbabit menjadi pengajaran buat semua.

“Bukan sahaja untuk mereka tetapi untuk saya juga, orang ramai dan semua. Cuma, ia jadi besar pun disebabkan netizen. Kita pun tahu macam mana netizen buat kerja. Saya memang terkejut apatah lagi ia kali pertama terjadi”

“Saya tidak menganggap mereka ‘over’. Cuma macam dikatakan, harap ia menjadi pengajaran buat semua. Saya sebenarnya lebih suka peminat gembira tetapi tidak menjangka sampai tahap itu,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu MK ketika membuat persembahan di kelab malam di Singapura, dikerumuni peminat wanita yang ingin bergambar dengannnya sebelum salah seorang daripada mereka bertindak di luar kawalan denagn menciumnya. (rtky/w)