fbpx

MK Hisap Puting Pink, ‘Menangis’ Bila Isteri Tarik

Baru-baru ini, perkongsian isteri kepada MK K-Clique iaitu Siti Hajaar menjadi perhatian ramai memaparkan pernyanyi itu menghisap putih berwarna merah jambu.

Menerusi perkongsian itu, MK bergurau dengan isteri serta menyuruh menarik puting berkenaan daripada mulut ketika sedang asyik menghisap.

BACA: MK Minta Maaf Tak Pakai Seat Belt, Kesal Bagi Contoh Tidak Baik

https://www.tiktok.com/@hajaarsitii/video/7275895594575547655?lang=en&q=siti%20hajaar%20mk%20clique&t=1694082253540

Apa yang menghiburkan, MK menangis seakan anak kecil sebelum kembali senyap apabila puting berkenaan disumbatkan kembali pada mulutnya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan aksi MK yang semakin kelakar selepas mendirikan rumah tangga.

Malah, ada yang berpendapat video itu seolah memberi petunjuk bahawa pasangan itu bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Terdahulu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun lalu.