fbpx

MK Minta Maaf Tak Pakai Seat Belt, Kesal Bagi Contoh Tidak Baik

Penyanyi rap, MK K-Clique memohon maaf susulan tular video bersama isterinya, Siti Hajaar dilihat memandu tanpa memakai tali pinggang keledar dengan betul, baru-baru ini.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Menerusi video dikongsikan di Instagram, MK berkata dia menerima teguran yang diberikan serta mengakui tindakannya itu adalah sikap tidak bertanggungjawab.

BACA: MK Ambil Masa Setahun Nak Pikat Siti Hajaar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

“Video ini bukan untuk meraih perhatian atau sebagainya, namun terpanggil untuk tampil membuat permohonan maaf dan berterima kepada anda di luar sana.

“Saya ingin memohon maaf kerana memuat naik video yang tidak bertanggungjawab beberapa hari lalu berkenaan ‘content’ yang mana saya mengusik isteri yang sedang memandu dan tidak memakai tali pinggang keselamatan.

“Bukan saja isteri, malah kedua-duanya tidak memakai ‘seat belt’ (tali pinggang keledar) dengan betul. Ini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab dan bukan contoh yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, MK berkata tiada alasan atas kesilapannya itu serta dia juga berharap kelalaiannya itu dapat menjadi pengajaran buat semua pihak. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

“Alhamdulillah terima kasih banyak, saya mengakui kesalahan saya, tiada alasan memang salah dan saya berharap video ini menjadi kesedaran buat semua

“Saya juga berharap semua dapat pengajaran dari kesilapan saya sebelum muat naik apa-apa harus lebih peka dengan sekeliling kita dan mengutamakan keselamatan ketika memandu,” katanya.

Sebelum ini, MK dilihat ada memuat naik video memaparkan dia sedang mengajar isterinya bertutur dalam bahasa negeri Sabah ketika sedang memandu.