fbpx

Selepas pelancaran peranti OPPO Reno5 F dengan MK K-Clique dan Loca B, OPPO kini melancarkan cabaran TikTok #FullSpeedChallenge untuk penggemar aplikasi Tiktok.

Cabaran #FullSpeedChallenge yang bermula pada 24 April sehingga 14 Mei ni sangat mudah untuk korang rebut hadiah utama tu. Lagi-lagi kalau ikut step yang ditetapkan, lagi senang nak bawa pulang hadiah bernilai sehingga 10,000 ni.

Paling penting jangan lupa hastang video korang nanti. Baru lah dapat marah full.

Macam Mana Nak Join?

Nak tau macam mana nak sertai Cabaran Tiktok ni? Check out steps mudah ni:

1. Muat turun aplikasi TikTok

2. Tekan butang seacrh

3. Taip #FullSpeedChallenge di tempat seacrh

4. Mulakan rakaman lip sync atau rap lagu OPPO Reno5 F

5. Publish video korang bersama hashtag #FullSpeedChallenge dan #OPPOReno5F

6. Pastikan video korang dalam mod public

7. Hantarkan video tersebut ke SINI

Bila korang dah siap semua langkah di atas korang boleh dapat baucar diskaun RM50 untuk pembelian OPPO Reno5 F.

Apa Hadiah Kalau Menang Cabaran OPPO Ni?

Kalau korang dah tahu cara nak join macam mana, meh kami bagi tahu apa hadiah yang korang bakal dapat.

Tempat Pertama: OPPO Reno5 F dan wang tunai sebanyak RM3000

Tempat Kedua: OPPO Reno5 F dan wang tunai RM1500

Hadiah Saguhati: 15 pemenang hadiah saguhati akan dapat OPPO Band, wang tunai RM100 dan baucer diskaun untuk pembelian OPPO Reno5 atau Reno5 F.

Menarik Mengenai OPPO Reno5 F

Sebelum korang sertai cabaran ni, kami bagi korang layan dulu apa yang menarik pasal OPPO Reno5 F ni.

1. Kuasa Kamera Yang Semakin Power

Kalau bab telefon pintar ni, ramai yang akan tengok part kamera dulu kan? Jadi kami tayang dulu part ni. OPPO Reno 5 F kali ini hadir dengan empat kamera belakang yang terdiri dari kamera utama 48 MP, ultra-wide 8 MP, macro 2 MP, dan mono 2 MP.

Untuk kamera selfie OPPO memberikan sebuah kamera beresolusi 32 MP yang disertakan dengan punch hole.

Sistem kamera belakang OPPO Reno 5 F ini dilengkapi dengan filter baru iaitu Dynamic Bokeh yang menggabungkan effec motion blur dan low light XDR, hingga mode Night Plus yang dapat mengoptimalkan pengambilan foto pada waktu malam.

OPPO Reno 5 F ini juga membawa filter AI bokeh seperti AI Color Portrait hingga Night Flare Portrait. Paling menarik teknologi ini mampu merakam video dengan kuasa resolusi 4K hingga 30 fps dan EIS.

Ini antara hasil gambar yang diambil menggunakan OPPO Reno 5 F. Reno5 F sangat sesuai untuk merakam semua momen kehidupan korang. Dari gambar makro hingga ultra wide-angle dan zoom, Reno5 F merakam perjalanan hidup dengan perincian yang terang dan lebih detail.

AI Color Portrait Video

Menyokong kamera hadapan dan belakang, AI Color Portrait Video mampu mengesan objek manusia dan latar belakang lalu memisahkannya secara pintar. Sekaligus dengan kuasa AI Color Portrait Video ini juga akan menjadi shots korang lebih cantik dan luas biasa.

Dual-View Video

Dual-View Video pada OPPO 5F menggunakan kamera depan dan belakang secara serentak bagi membolehkan anda merakam dua situasi dalam satu video.

Apabila korang menghidupkan mod ini, dua paparan kamera depan dan belakang akan kelihatan pada skrin.

Terdapat tiga mod skrin berbeza iaitu Top & Bottom Even, Rectangular (hampir sama dengan panggilan video di WeChat), dan Circular (seakan panggilan video di WeChat tetapi berbentuk bulat).

Monochrome Video

OPPO Reno 5F juga dilengkapi Monochrome Video yang menyokong kamera utama bagi menonjolkan warna terpilih seperti merah, hijau atau biru dalam video ketika menggunakan GPU bagi menyingkirkan warna lain.

Monochrome Video menyokong video 720p/30FPS dan 1080p/30FPS bagi menonjolkan bintang sebenar dalam video dengan penghasilan kesan gambar menakjubkan melalui warna yang berbeza.

Night Plus

Selain itu, OPPO Reno 5F juga dilengkapi ciri hebat Dynamic Bokeh, Night Plus, Night Flare Portrait, EIS Steady Video AI Scene Enhancement 2.0, AI Color Portrait dan AI Beautification 2.0 yang memberi kesan gambar lebih menarik serta semula jadi.

Soloop

Soloop turut disertakan untuk model OPPO Reno 5 F yang mengubah rakaman dan video menjadi klip kualiti seakan filem dengan penambahan kesan unik dan muzik bagi menjadikannya lebih menarik.

2. Body Yang Memukau

OPPO Reno 5 F hadir dengan body yang lebih ringan dengan berat 172 gram dan ketebalan 7,8 mm. Bentuk body telefon seperti ini akan buatkan korang lebih selesa bila digengam lama-lama.

Di bahagian belakang, korang akan nampak sedikit perbezaan dengan modul kamera Reno 5 yang lain dimana Reno 5 F ini mempunyai bentuk kamera yang memanjang dengan tiga kuasa kamera.

Paling love sekali flowing light design yang ada pada OPPO Reno 5 F ini akan buatkan ia nampak lagi mewah dan elegan. Hadir dengan tiga pilihan warna yang bakal buat anda rambang mata.

Antaranya warna fluid black dan fantastic purple. Bagi kami dua-dua warna ni cantik dan intrend. Sesuai untuk nak OOTD nanti.

3. Kuasa Pengecasan Yang Lebih Pantas

Untuk korang yang selalu sibuk dengan kerja harian, ini salah satu telefon pintar yang paling ngam dengan korang. Dengan OPPO Reno 5 F ini tak perlu nak charges lama-lama, sebab dalamnya telah ada teknologi 30W VOOC Flash Charge 4.0.

Teknologi ini juga turut disokong dengan sistem pemproses MediaTek Octa-core untuk gaya hidup yang pantas.

4. Sistem ColourOS 11.1 Yang Lebih Hebat

Kaki game mesti suka phone ni sebabnya kuasa ColourOS 11.1 ni akan jadikan permainan video game korang lagi smooth dan lancar jer. Tak ada lagi istilah game sangkut bila dah guna OPPO Reno 5 F ni.

Bukan tu jer, dengan kuasa ColourOS 11.1 ia juga mampu jadikan sistem privasi telefon korang lebih selamat dan terjamin.

Jadi kalau korang nak hadiah-hadiah yang best siap pakej duit raya ni, jangan lupa untuk rakam lip sync atau rap lagu OPPO Reno5 F dalam cabaran #FullSpeedChallenge.

Ingat cabaran ni sehingga 14 Mei sahaja. Cepat rakam video sebelum terlambat. Maklumat lanjut layari laman rasmi OPPO, TikTok OPPO dan Facebook OPPO.