fbpx

Mizz Nina Luah Rasa Syukur Rai Ulang Tahun Perkahwinan ke-10

Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyai Mizz Nina menzahirkan rasa syukur perkahwinannya dengan penyanyi Noh Salleh sudah memasuki tahun ke-10.

Dalam entri tersebut, Nina turut bersyukur rumah tangga yang dibina penuh dengan kasih sayang gelak ketawa dan pelbagai cabaran ditempuhi sehingga tidak sedar sudah 10 tahun bersama.

BACA: Tabung Palestin Mizz Nina & Selebriti Berjaya Kumpul RM17.9 Juta

“Sudah 10 tahun? SubhanAllah, tak terasa pun. Alhamdulillah ya Rabb untuk 10 tahun yang mengagumkan, penuh rasa cinta, kehidupan, ketawa, cabaran, pertumbuhan, pengembaraan dan masa yang dihabiskan bersama Noh Salleh,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mizz Nina turut berharap agar Allah akan terus memberikan kebahagiaan serta kejayaan dunia akhirta buat buat keluarganya.

“Semoga Allah terus memberikan kita kasih-Nya, belas, perlindungan, Aafiya, istiqomah dan kejayaan dunia dan akhirat sehingga syurga. Amin,” tulisnya.