Mizz Nina Nafi Posting Di IG Ada Kaitan Dengan Isu Rumah Tangga
Baru-baru ini perkongsian penuh tersirat oleh selebriti Mizz Nina di Instagram menjadi perhatian ramai.
Perkongsian itu seakan memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar sekaligus mengundang tanda tanya netizen.
BACA: Mesej Tersirat Mizz Nina Undang Tanda Tanya
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen perkongsian itu Mizz Nina menafikan postingnya itu memberi bayangan mengenai status rumah tangganya.
“Ini bukan kenyataan saya, ini adalah paparan yang dimuat naik semula daripada sebuah aplikasi iaitu Qalbyapp FB. Saya sentiasa memuat naik perkongsian sebegini dan bukan pada ketika ini saja,” tulisnya.
Terdahulu, isu rumah tangga Mizz Nina menjadi bualan apabila dilihat sering bercuti tanpa suami serta jarang dilihat bersama.
Bagaimanapun, Noh Salleh menafikan dakwaan rumah tangganya bermasalah serta menegaskan bahawa ianya berita palsu.
- SUMBER
- Harian Metro
Itulah wartawan..keje nak jadi batu api je .suke ke tengok rumah tangge orang roboh?? Bodo wartawan takde etika..
Netizen jadi mangsa… Padahal wartawan yg buat andaian…
Saje le tu buat2 kluar statement konon sedih bagai..nt netizen start buat spekulasi dioarang pun start le kata xde ape2..netizen yg jahat..sbnrnya diorang nk perhatian aje sb da lama xde cerita hot..ni ha kan da start balas membalas statement so menjadi le plan diorang ni..
Wartawan sebenarnya nak balas dendam dekat Noh kan sebab bagi sebijik masa interview haritu. Dia yang nak buat story kata netizen yang cakap.
Wartawan Tak puas hati dgn noh le tu dah kena setepek kat depan muka..
Mengeluporrr!!