fbpx

Mizz Nina Kembali Lagi Dengan Take Over, Kolaborasi dengan Flo Rida

Tahun lepas Mizz Nina berjaya membuka mata rakyat Malaysia dengan What You Waitin’ For, kolaborasi dengan Colby O’Donis.

Hari ini Mizz Nina kembali dengan single terbaru dan kerjasama dengan artis yang lebih berpengaruh, Flo Rida.

Single terbaru Mizz Nina yang bertajuk ‘Take Over’ ini berkumandang buat pertama kali di Hitz FM jam 8 malam tadi.

Peminat mula memberi perhatian kepada single & kerjasama mereka dan Flo Rida kini sedang menjadi trending topic di Twitter.

Flo Rida merupakan seorang penyanyi & rapper dari Amerika Syarikat yang telah bekerjasama dengan ramai superstar termasuk Madonna, Justin Timberlake, Katy Perry dan Lady Gaga.

Dengarkan preview single terbaru Mizz Nina ‘Take Over’ feat. Flo Rida selepas ini. Enjoice!

Apa pendapat anda single terbaru Mizz Nina? Bolehkah Mizz Nina mengulangi kejayaan What You Waitin’ For?