fbpx

Mizz Nina Dedah Kenal Suami Sejak 2015

Umum mengetahui penyanyi Mizz Nina dikenali sebagai seorang yang menyimpan kemas sisi peribadi daripada umum.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, Mizz Nina akhirnya mendedahkan perkenalan dengan suaminya, Essam Muhammad bermula ketika di sebuah festival pada 2015.

BACA: Essam Muhammad Luah Rasa Syukur Dijodohkan Dengan Mizz Nina

Mizz Nina berkata penyanyi rap kelahiran Amerika Syarikat itu yang terlebih dahulu menegurnya dengan memuji puisi dibacakannya pada acara tersebut.

“Kali pertama kami bertemu adalah di sebuah festival pada 2015. Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya baca puisi atas pentas.

“Dia kata ‘Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sebutkan atas pentas tadi,’ dan saya balas dengan ucapan terima kasih. Kami cuma bercakap ringkas, itu sahaja,” katanya.

Berucap pada majlis resepsi mereka yang diadakan baru-baru ini, Essam turut menyatakan persahabatan mereka sepanjang tempoh berkenaan adalah berlandaskan rasa hormat antara satu sama lain.

“Detik terindah adalah lapan tahun kemudian iaitu tahun 2023 sebaik kami mendirikan rumahtangga, Alhamdulillah,” katanya.

Pada 15 Jun lalu, Mizz Nina mengumumkan berita gembira apabila selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Essam Muhammad merupakan penyanyi rap Amerika Syarikat.