fbpx

Mizz Nina Berhenti Menyanyi, Fokus Pada Fesyen

Nekad untuk berundur daripada bidang nyanyian yang pernah menaikkan namanya satu ketika dahulu, Mizz Nina mengakui tidak timbul sesalan malah keputusan yang diambilnya itu adalah atas dasar untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

BACA: Mizz Nina Tolak Tawaran Beri Ceramah Agama

Selain mahu memberi fokus terhadap bidang peragaan dan perniagaan yang diceburinya di atas jenamanya sendiri (Madeena) ketika ini, Mizz Nina mengatakan, sokongannya di dalam bidang muzik disalurkan melalui karya suaminya, Noh Salleh.

“Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Kita tidak tahu bila kita akan mati jadi buat masa ini saya ingin memberikan sepenuh fokus kepada fesyen yang merupakan jiwa saya,” katanya kepada BH Plus.

Tambah Mizz Nina, ketika ini dia selalu terbabit dengan bidang perniagaan dan peragaan, penyanyi ini dalam masa yang sama turut terlibat di dalam bidang pengacaraan program berbentuk keagamaan dengna berkongsi pengalaman hijrahnya bersama peminat. (rtky/s)