fbpx

Misya Mazlan Rupanya Pelajar Tahfiz, Pernah Belajar Di Mesir

Sejak hangat diperkatakan mengenai dakwaan suaminya berpoligami, rezeki isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan semakin murah apabila dipilih menjadi model beberapa jenama.

Baru-baru ini menerusi video dikongsikan oleh Hejja HQ, ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan dia pernah belajar di sekolah tahfiz dan melanjutkan pelajaran selama setahun selepas tingkatan dua.

BACA: Pilih Misya Jadi Model Tudung, Wawa Zainal Dipuji Netizen

@hejjahq

Thank you @umsymzln sudi bekerjasama dengan kami untuk projek Hegula x Misya, projek masak resepi lebih sihat dengan Hegula. Sambil masak2 kita borak2 terkeluarlah cerita cinta Misya. Tak sangka kan misya belajar sampai ke mesir, misya belajar quran, budak tahfiz boleh cakap arab tau. Bukan biasa2 misya ni.. patutlah misya sangat tabah dalam dugaan ni.. nak tahu misya masak apa, dan banyak lagi cerita misya jangan lupa follow okay ?? Hegula x Misya. Terbaik @eaisyah_listra. #hegula #hejjahq #pemanisgantigula #pemanissemulajadi #hidupsihat #stopgula #lifestyle #hegulaxmisya #umisyamazlan #misya

? original sound – Hejja HQ – Hejja HQ

“Saya belajar di sekolah menengah sampai tingkatan dua kemudian sambung belajar Al-Quran. Lepas tu daripada tahfiz tu saya dibawa ke Mesir selama setahun,” katanya.

Menurut Misya lagi, selepas tamat SPM dia melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dalam bidang pendidikan. Kongsinya lagi, dia mengambil keputusan untuk berkahwin ketika sedang belajar dan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selepas itu dapat anak pertama dan masa itu tengah intern. Saya berpantang masa tengah intern. Nasib baik masa tu online, sambil jaga anak sambil intern jadi cikgu,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai pempengaruh media sosial, Marissa Dania didakwa sudah berkahwin dengan lelaki bernama Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.