fbpx

Mister Potato Perkenalkan Kerepek Kentang Lebih Hebat Dengan XXTRA Rasa

Kalau bercakap tentang penggemar snek di masa lapang, memang kami antara peminat tegar kerepek kentang Mister Potato. Sejak zaman sekolah rasanya Mister Potato pasti menjadi pilihan hati.

Jika sebelum ini, rasa kerepek kentang Mister Potato sudah cukup hebat buat kami, kali ini mereka tampil dengan teknologi serba canggih untuk membuatkan rasa lebih hebat & keenakan lebih ketara.

Pasti anda tertanya tanya apakah teknologi yang digunakan oleh Mister Potato untuk kerepek kentangnya kali ini. Ianya dipanggil FlavourWrap baru dan khabarnya mereka telah melabur RM300,000 untuk ini.

Mister Potato Perkenal Kerepek Kentang Dengan XXtra Rasa - ROTIKAYA

Menurut Misteri Potato, teknologi FlavourWrap baru ini membolehkan setiap kepingan cip diperisa dengan sekata & membantu memperhebatkan lagi rangkaian snek Mister Potato – terutama perisa pedas dan BBQ.

Hebat tak?

Kalau anda ingin rasa kerepek kentang Mister Potato ini secara percuma terlebih dahulu, kami ada rahsia ingin kami beritahu anda semua.

Mister Potato akan meronda sekitar Lembah Klang dengan trak Xxtra Fun Mobile sehingga 10 Julai 2013 ini & jika anda bertemu dengan trak ini, anda akan menerima pek Mister Potato secara percuma untuk dibawa pulang.

Untuk lokasi terkini trak Xxtra Fun Mobile, anda boleh ikuti perkembangan terbaru mereka di Facebook rasmi Mister Potato facebook.com/misterpotatocrisps atau melalui Twitter mereka twitter.com/Mymisterpotato. Jom!