Sejak menjadi fenomena sekitar 20 tahun lalu, Tom Cruise bintang utama dan penerbit siri filem Mission Impossible bersama krew yang lain telah berjaya menemui jalan dan cara untuk menepati citarasa peminat malah lebih lagi setiap kali filem dengan tajuk ini muncul di pawagam.

Filem kelima dengan tajuk Rogue Nation ini juga tidak terkecuali mendapat sentuhan aksi dan misi yang mustahil untuk difikirkan logik akal namun nampaknya sekali lagi mereka bakal membuatkan anda teruja dengan aksi berani mati Tom Cruise dan ramai lagi pelakon lain.


Left to right: Jeremy Renner plays William Brandt, Tom Cruise plays Ethan Hunt and Ving Rhames plays Luther Stickell in Mission: Impossible Rogue Nation from Paramount Pictures

Dalam siri kelima filem ini, kumpulan IMF berhadapan dengan ancaman hebat dari pihak berniat jahat yang dikenali sebagai The Syndicate — terdiri dari mereka yang mahir & sukar ditumpaskan yang mahu melenyapkan terus fungsi IMF selain mahu membina pentadbiran baru dunia.

Misi Ethan Hunt (lakonan Tom Cruise) dan rakan rakan seperjuangan kali ini nampaknya terus sukar dan mustahil kerana berhadapan dengan kumpulan yang tampak lebih hebat dari segala segi termasuk taktikal untuk menumpaskan musuh.

Tom Cruise plays Ethan Hunt in Mission: Impossible Rogue Nation from Paramount Pictures


Kembali bersama Tom Cruise dalam misi kali ini adalah mereka dari filem sebelum ini Jeremy Renner sebagai William Brandt, Simon Pegg sebagai si genius Benji (yang juga merupakan watak kegemaran kami dari Ghost Protocol) dan Ving Rhames sebagai Luther Stickell.

Filem ini turut menyaksilan penampilan pertama aktress Sweden, Rebecca Ferguson sebagai Ilsa Faust, Sean Harris sebagai Solomon Lane dan pemenang tiga kali anugerah Golden Globe, Alec Baldwin sebagai Pengarah CIA, Alan Hunley.

Tom Cruise plays Ethan Hunt in Mission: Impossible Rogue Nation from Paramount Pictures

“Filem kali ini adalah mengenai komplikasi persahabatan yang berlaku apabila menerima tekanan yang besar dari pihak musuh juga situasi. Siapa yang anda percayai dan yang perlu anda tidak percaya? Siapa yang benar-benar akan berada di sisi untuk anda apabila berada dalam bahaya?”

“Dan bagaimana mereka boleh bekerjasama untuk merealisasikan misi mustahil ini. Rouge Nation memang menekankan aspek persahabatan dan kerjasama sepasukan berhadapan dengan kejahatan yang nyata,” ujar Tom Cruise kepada media baru baru ini.

Left to right: Tom Cruise plays Ethan Hunt and Rebecca Ferguson plays Ilsa in Mission: Impossible – Rogue Nation from Paramount Pictures and Skydance Productions

Baru baru ini juga Tom Cruise telah mendapat perhatian ramai dan media apabila pihak produksi ada mendedahkan yang lagak ngeri yang dilakukan bersama kapal terbang dalam trailer di atas tidak memerlukan bantuan CGI — Tom Cruise memang berpaut pada kapal terbang!

Kami sendiri sudah teruja untuk melihat aksi lagak ngeri Tom Cruise yang khabarnya dilakukan tanpa sebarang bantuan komputer (CGI), memang berani mati. Mission: Impossible – Rogue Nation akan ke pawagam seluruh Malaysia pada 30 Julai 2015 ini. Jom!