fbpx

Misi Ikhlas Aidilfitri Watsons Menyentuh Hati

Apalah ertinya bulan yang mulia jika tidak disemarakkan lagi dengan bantuan buat mereka yang memerlukan. Malah pada bulan Aidilfitri itu jugalah masa terbaik untuk kita sama-sama berkongsikan kegembiraan.

Peka dengan perkara tersebut, Watsons Malaysia tampil dengan Misi Ikhlas Aidilfitri bagi membantu mereka yang memerlukan. Malah di akhir artikel ini nanti, ada juga boleh turut sama-sama membantu dengan cara yang cukup mudah, percayalah!

Untuk Misi Ikhlas, Watsons Malaysia ingin membantu Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bersama-sama dengan anda. Untuk pengetahun anda, pusat jagaan warga emas ini adalah di bawah kendalian Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU).

Lebih menarik lagi, usaha murni anda yang disalurkan melalui Watsons ini ternyata akan memudahkan mereka dalam meneruskan kehidupan seharian. Barangan keperluan asas semestinya adalah perkara penting buat warga emas di Darul Insyirah.

Kita tidak akan pernah tahu betapa besarnya bantuan kita terhadap mereka yang memerlukan dan bersama dengan Watsons jugalah kita dapat menjadikan Misi Ikhlas Aidilfitri ini satu kenyataan.

Bagaimana cara ingin membantu? Mudah sangat-sangat, kami kongsikannya cara-caranya di bawah:

Langkah 1: Muatnaik gambar dan kongsikan misi ikhlas anda dengan hashtag #MisiIkhlasAidilfitri & #WatsonsMalaysia

Langkah 2: Dengan setiap hashtag yang dikongsi, pihak Watsons akan mendermakan 200 mata (RM1) kepada Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah

*Kongsikan hashtag anda di Facebook dan juga Instagram tapi pastikan akaun sosial media anda tidak private. Untuk meklumat lanjut mengenai cara mudah untuk sama-sama membantu warga emas di Darul Insyirah ini, boleh klik sini.

Senang sangat’kan? Mungkin kita merasakan pemberian dan pertolongan kita tidak seberapa namun bagi orang lain, mungkin itulah harapan yang mampu memberikan kegembiraan kepada mereka untuk meneruskan hidup. Jangan lambat ya sebab kempen ini terhad sehingga 2 Julai sahaja.

Rupa-rupanya dah ramai juga golongan selebriti yang sudah memulakan hashtag #MisiIkhlasAidilfitri #WatsonsMalaysia.

Salam Ramadhan Mubarak. ? I would like to tell you all about a great way you guys can give back to those who are in need this fasting month. I, Sasha Saidin and others are on a mission together with @watsonsmy for this festive season. Together with Watsons Malaysia’s #MisiIkhlasAidilfitri , I would like to pledge my misi which is to be more patient and try to be more kind to anyone that I meet. You too could join this mission and make your own pledge such as wanting to be a better friend / mum / dad or perhaps to smile more to spread the happiness to people around you or you plan to donate or help the unfortunate. I’ve pledged my mission and I would like you to join us by telling us what’s your #MisiIkhlasAidilfitri and by doing so @watsonsmy will donate 200 points (worth RM1) to Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah for every hashtag of #MisiIkhlasAidilfitri & #WatsonsMalaysia Simple right? Go on… tell us what your pledge is. ?? #MisiIkhlasAidilfitri #WatsonsMalaysia #TheElusiveFairytaleOfTheHalfBloodPrincessSayang #DiaryOfASingleWorkingMum #CommittedToTheCelopians

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on

Jadi apa tunggu lagi? Jom meriahkan sosial media dengan hashtag ini sambil beramal dan jangan lupa tonton iklan raya khas dari Watsons di bawah. Bergenang juga air mata.