fbpx

Beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan memberi seribu makna. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam.

Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain daripada itu, Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT.

Rentetan dari peristiwa itu, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam akan menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Ibadah korban ini juga boleh dilakukan di luar negara meskipun orang yang ingin melakukan korban berada di Malaysia. Perkara ini dapat diselesaikan melalui khidmat Aman Palestin.

Aman Palestin melaksanakan Ibadah Korban di Palestin, Syria, Yaman, dan kem-kem pelarian di Lubnan, Indonesia dan Malaysia bertujuan meringankan beban serta memberikan sinar kegembiraan Aidiladha kepada rakyat yang sering ditindas di bumi Syam dan seluruh Nusantara.

Ini Misi Utama Aman Palestin Yang Memberi Senyuman Buat Bumi Anbia

Seperti sedia maklum, pelarian di bumi Lubnan dilarang untuk bekerja sehinggalah golongan ini hanya mengharapkan bantuan daripada penduduk luar.

Dalam kesempatan ini, Aman Palestin mengambil langkah untuk membantu meringankan beban pelarian yang terpaksa membayar tapak kem yang dikenakan cukai yang agak tinggi demi untuk memberi senyum buat penduduk di bumi Anbia.

Membina lebih banyak kem penempatan

Meskipun mereka tersenyum apabila disapa oleh orang luar, tapi percayalah penempatan mereka sangat lah menyayat hati.

Infrastruktur di kediaman pelarian sering berada di dalam keadaan yang tidak baik. Lebih tersentuh hati, apabila ada beberapa kem yang hampir musnah akibat serangan.

Dalam keadaan yang sebegini, Aman Palestin tidak melengahkan tugasan mereka untuk membantu memperbaiki kanvas yang reput dan berlubang. Mereka juga membina lebih banyak kem supaya dapat menampung penghuni yang ada.

Aman Palestin Menghantar Peserta Misi Ibadah Korban Secara Serentak

Tahun ini, Aman Palestin mencipta sejarah dengan menghantar peserta misi ibadah korban secara serentak di tiga buah negara buat kali pertama. Seramai 15 peserta misi dihantar ke Syria, Yaman dan Lubnan.

Turut bersama menjalankan tanggungjawab ini adalah 2 orang duta Aman Palestin iaitu Syafinaz Yunus, (pengacara) dan Ustaz Mohamed Zainuddin (PU Yeop).

Misi yang dilaksanakan berlangsung selama 10 hari dan akan memasuki 4 kawasan iaitu Syria, Yaman, Kem Pelarian Palestin di Lubnan dan Kem Pelarian Syria di Lubnan.

Untuk menjalankan ibadah korban dalam era yang semakin maju ini amatlah mudah. Anda semua dah tak perlu risau lagi bab kelengkapan yang diperlukan. Semuanya diuruskan oleh pihak Aman Palestin.

Jangan tak tahu, kehadiran peserta seramai 15 orang tersebut bertujuan untuk melihat sendiri pelaksanaan Ibadah Korban dijalankan dengan sempurna yang merupakan amanah penyumbang Aman Palestin di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan seluruh dunia.

Dengan kerjasama ini juga dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan rakan-rakan NGO yang sememangnya membantu Aman Palestin setiap tahun dalam menyempurnakan Ibadah Korban.

Dapat Ringankan Tanggungjawab Dengan Pakej Yang Disediakan

16 tahun pengalaman menjalankan ibadah korban di Bumi Anbia, bukanlah salah satu jangka masa yang singkat. Jadi tak hairanlah sekiranya 4 kaedah ini disediakan oleh Aman Palestin demi untuk mengikut kemampuan rakyat Malaysia.

Bagi pakej Palestin, satu bahagian lembu atau seekor kambing ditawarkan pada harga RM2,300, manakala di Syria (RM1,900), pakej sejuk beku khusus di Palestin dan Syria (RM750); seekor kambing di Yaman (RM700).

Pelbagai pilihan yang diberikan oleh Aman Palestin kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan ibadah korban menjelang bulan mulia ini. Jangan lupa untuk terus klik DI SINI untuk merasai pengalaman melaksanakan ibadah korban di luar negara.

Selain itu, anda juga boleh menderma ke tabung sumbangan Aman Palestin di https://jommenyumbang.com/ms/home . Melalui pautan ini anda boleh memilih untuk menyumbang pada kempen pilihan anda seperti Bread For Love, Jom Taja, Sumbangan Bulanan, Saham Pelaburan Akhirat dan Bantuan Musim Sejuk.

Hari Raya Aidiladha, disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat umat Islam di negara kita. Maklumat lanjut  layari Facebook, Twitter dan Instagram Aman Palestin.